WARISAN ANGGUN "Cantik Di Mata, Senang Di Hati"
Last Updated on Monday, 17 May 2010 07:25 Written by Warisan Anggun Saturday, 09 August 2008 07:49

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Syukur ke Hadrat Ilahi, dengan limpah kurniaNya, saya bersyukur kerana setelah berusaha selama hampir 5 tahun , Allah telah memberikan saya satu kenikmatan dlm dunia perniagaan.
Saya amat berterima kasih kepada pelanggan warisan anggun yang tidak jemu memberikan sokongan padu dan menjadikan batik kami pilihan utama anda.
Batik Warisan Anggun, 'Cantik Di Mata, Senang Di Hati', tagline kami adalah yang terbaik utk anda.
Batik keluaran kami adalah dari koleksi batik lukis hasilan dari pelukis batik mahir di kelantan. Dengan design dan kombinasi moden dan tradisional, kami menjanjikan hasil lukisan yang terbaik untuk pelanggan semua.
Tua/puan boleh terus berkunjung ke butik kami di putrajaya untuk melihat dengan lebih jelas hasil batik kami ataupun boleh juga melayari web online kami untuk pembelian secara atas talian...
Hasil batik kami adalah terjamin kualiti dan pembelian online anda adalah terjamin dari segi penghantaran.
Insyaallah , Kami menjanjikan yang terbaik untuk anda dengan pilihan yang cantik dan berkualiti serta harga yang mampu anda miliki.
~Pn.Tik Azlina Mohd Zainuddin~
Kenali Kami


